22 June 2011

Letih.........




Jun 2011, baru boleh melepaskan lelah. Terlalu banyak karenah kerja yang perlu dibereskan. Terlalu banyak ruang waktu yang harus diberikan kepada keluarga. Terlalu banyak persoalanan yang harus dan mesti diselesaikan sebelum menjengah ke bulan Julai nanti.



Beban tugas di sekolah tidak habis-habis. Menjadi guru rupanya tidak semudah dulu. Segalanya harus jelas dan teratur mengikut kaedah dan perencanaan. Maka itu, aku terus-terusan menjadi orang yang paling lelah di sekolah.



Bukan kerana aku terlalu rajin, tetapi kerana aku jenis manusia yang tidak mahu meninggalkan sebarang pekerjaan terbengkalai. Aku pasti akan meneruskan kerja meski sampai pukul malam hari.



Dan sudah barang tentu aku akan menjadi letih dan lelah.



Sekurang-kurangnya itulah yang akan aku lakukan sehingga aku menutup mata.

18 February 2011

Beban Tugas...

Tak tahu dimana nak mulakan. Letih sangat bila memikirkan bahawa aku kini ada banyak kerja nak dilakukan. Tak menang tangan, kata orang. Tak cukup masa...... 25 jam sehari, 8 hari seminggu dan 13 bulan setahun. Kerja jer sampai mati kut....

Aku seorang guru sekolah rendah, sekolah kebangsaan. Satu waktu bersamaan 30 minit dan aku mengajar 28 waktu. Subjek utama Mathematics Year 6, 5 and 4. PJK sebagai elektif.

Aku dilantik memegang jawatan Guru Panitia PJK yang bertanggungjawab keatas stor PJK dan peralatannya, juga Guru Penyelaras Bestari yang menjaga 2 buah makmal komputer berkapasiti 42 buah PC dan server.

Lebih menarik, aku juga dilantik sebagai Pegawai Aset sekolah, yang bertanggungjawab berkenaan semua harta modal di sekolah. Tugas itu merangkumi pelaporan berkenaan kerosakan dan baikpulih semua peralatan yang ada di sekolah termasuk proses pelupusan yang perlu dibuat jika ada alat yang patut lupus.

Aku juga pengurus Kedai Sekolah. Bertanggungjawab atas segala aspek membeli barangan, menjual, buat akaun, laporan tahunan dll.

Aku kini juga dilantik sebagai Ketua Guru penasihat Pengakap kerana kononnya hanya aku yang ada kursus manikayu 4. Aku juga Ketua Rumah Sukan bagi pasukan Biru...., Waja kerana kononya aku amat berwibawa dalam menguruskan sesebuah pasukan. Dan aku juga penasihat Bolatampar sekolah kerana kononya aku minat dan pandai main bolatampar.
Dan aku juga kini....... guru pembimbing bagi pelatih2 Institut Perguruan Kota Bharu, IPKB. Dan aku juga berjawatan tetap dan tiada pencen sebagai jurugambar dan "jong" dokumentasi sekolah bagi segala-gala majlis rasmi yang berlaku konon-kononya aku pandai ambil gambar.

Dan aku jugalah yang bertungkus lumus memberi publisiti kepada sekolah melalui laman blog rasmi sekolah, skdemit-2.blogspot.com.

Dan akulah....... aku. yang letihnya menjadi seorang guru yang biasanya menyiapkan kerja hanya bila larut malam.

Kan baik dan alangkah baiknya aku jadi seperti Cikgu Shaari dalam cerita Masam Masam Manis. Cikgu Shaari yang ...... saya suka main bola, hari-hari saya main bola. Dan, saya suka main bola, cikgu dah tido, mari kita main. Walau banyak tido dalam kelas, malam main saksafon tapi akhirnya jadi Cikgu Besar.

Aku......, sebagai cikgu Besar? Tak mungkin. Cikgu Besar gred DG34 dan DG38. Gred aku DG41. Dah terlebih gred. Dah Nasib.
Kepada yang belum jadi guru....., jadilah guru kerana kerja memang tak kan habis.