22 June 2011

Letih.........




Jun 2011, baru boleh melepaskan lelah. Terlalu banyak karenah kerja yang perlu dibereskan. Terlalu banyak ruang waktu yang harus diberikan kepada keluarga. Terlalu banyak persoalanan yang harus dan mesti diselesaikan sebelum menjengah ke bulan Julai nanti.



Beban tugas di sekolah tidak habis-habis. Menjadi guru rupanya tidak semudah dulu. Segalanya harus jelas dan teratur mengikut kaedah dan perencanaan. Maka itu, aku terus-terusan menjadi orang yang paling lelah di sekolah.



Bukan kerana aku terlalu rajin, tetapi kerana aku jenis manusia yang tidak mahu meninggalkan sebarang pekerjaan terbengkalai. Aku pasti akan meneruskan kerja meski sampai pukul malam hari.



Dan sudah barang tentu aku akan menjadi letih dan lelah.



Sekurang-kurangnya itulah yang akan aku lakukan sehingga aku menutup mata.