12 September 2009

Ramadhan dan Syawal

Lama sungguh saya tak menulis di blog ini. Kesibukan menyebabkan segalanya terpaksa dilupakan buat seketika.

Kunjungnya Ramadhan tidak sempat untuk di sambut. Dan kini selepas UPSR berakhir, barulah dapat saya kembali menulis di Blog ini.

7 hari lagi Ramadhan akan berakhir. Rasanya terlalu cepat ianya berlangsung. 10 hari terakhir dalam bulan penuh rahmat dan keampunan kini sudah dipertengahan. Bagaimana dengan ibadah puasa kita? Bagaimana pula dengan terawikh....., qiamu-lail..., sempat tak mencari lalilatul-qadar? Segalanya berkecamuk. Sibuk tentang dunia. sibuk mencari pitis untuk raya? Atau sibuk membuat kek dan biskut sebagai juadah wajib hari raya?

Luangkanlah masa-masa yang hujung ini untuk merebut pahala yang mungkin tidak sempat kita gapai untuk tahun depan. Siapa tahu...?

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat pula menyambut hari raya aidil fitri.. Maaf zahir dan batin.

11 July 2009

PPSMI

Kelmarin, sahlah bahawa PPSMI akan dimasuhkan secara menyeluruh pada 2012. Dia ikut saranan saya pada 7 Julai baru ni. OK. 10 tahun akan menzahirkan samada satu dasar itu ok atau tidak.

Namun, apa yang pasti, dasar ini akan tetap dimansuhkan menjelang 2012. Ini bukan sepertimana yang saya sarankan. Ini macam nak buat persediaan untuk kembali ke BM.

Biarlah.... mereka dah kaji secara teliti.

Namun apa yang agak menarik, dari satu undian di Bolg mantan PM Tun Mahathir....., 85% dari responden yang seramai 35 ribu orang menentang pemansuhan PPSMI bersamaan 30 ribu orang. Apa maknanya ini?

Nabil kata.... Lu pikir la sendiri.

07 July 2009

PIPIESEMAI

Boleh bacatak perkataan di atas (Tajuk)? Kalau tak tahu makna, takpe ... Kejaplagi tahu la gamaknya.

Tentang isu ini, saya berbelah bagi sebenarnya.

Nak sokong PIPIESEMAI , nanti dikatakan tidak patriaotik. Menentang arus. Tak nak jadi Melayu.

Kadang-kadang kita kerap emosional tentang sesuatu perkara. PIPIESEMAI ni bagi saya sangat baik untuk anak-anak kita. Ini la peluang bagi mereka belajar Bahasa Inggeris dengan secara tak langsung. Tidak banyak, sedikitpun tak pe, asalkan mereka dapat 'improve' sikit, jadi la.

Ramai kata, guru-guru di Malaysia tahu bahawa ianya tak berkesan tapi masih berdiam diri. Maklum la dapat elaun 10%. Tapi hakikatnya, walaupun tak berjaya 100%, tapi kami guru-guru merasa amat sayangkan dasar ini kerana ianya dapat membantu murid-murid dalamBahasa Inggeris.

Kan dah tahu apa makna PIPIESEMAI..... PPSMI la.

10 tahun dari sekarang, rasanya kita akan kembali menyesal sekiranya PPSMI kelak dimansuhkan. Sesuatu dasar yang sebegini besar sepatutnya perlu dinilai untuk tempoh 10 tahun, baru la kesannya akan terzahir.....

Aku sebagai guru Matematik dan juga guru Sains merasakan dasar ini perlu diteruskan untuk paling tidak 4 tahun lagi, demi untuk menyaksikan keberkesanannya. Lepas tu, kalau memang tak menjadi, Ok...... mansuhkannya. Wallahu a'llam.

24 June 2009

UPSR 2009








Hari ini, Rabu 24 Jun, 2009 berakhirlah ujian UBB Pertengahan Tahun bagi murid Sekolah Kebangsaan. Seperti biasa, jika selasa paper Maths berakhir, maka rabu, pasti saya dah siapkan markahnya.

Analisisnya...... keputusan tidak banyak berbeza dengan UBB 2 (April). Ada murid yang keputusannya merosot dan ada yang meningkat. Yang pasti, murid cemerlang terus menerus cemerlang dan sebahagian murid yang 'cukup makan'.... bertambah pula kemerosotannya.

Entahla.... begini la setiap kali ujian.

Agaknya bebudak ni belum lagi terasa bahang UPSR. 2 bulan lebih lagi katanya.

Harapan saya agar mereka kembali ke landasan yang betul bilamana menjelang UPSR.

Dan bila selesai postmortem, semua guru tahun 6 kena bersemuka dengan ibubapa murid.

Foto 1 : Sebahagian Ibubapa yang hadir
Foto 2 : Barisan guru yang menghadapi soal jawab bersama ibubapa murid tahun 6.

05 June 2009

GENTING HIGHLANDS

Genting Highlands se GAH namanya. Suasana sejuk dan nyaman di luar berubah sama sekali bilamana saya masuk ke Lobi First World Hotel. Perjalanan melalui Cable-Car ke puncak Genting menyaksikan panorama yang jarang-jarang dapat dilihat di lain-lain tempat.

Membawa seramai 20 orang murid sekolah dalam rombongan ke Genting Highland nampaknya memberikan pengalaman yang baru bukan sahaja kepada murid-murid tahun 5 dan 6, bahkan juga diri saya sebagai guru mereka.

Murid seusia 12 tahun, didedahkan dengan suasana hotel bertaraf dunia..... dengan suasana Dewan Lobi yang indah dan sarapan pagi yang .... "makan saja apa yang kamu mahu..." jelas memberikan "self-motivation" kepada mereka. Tempat riadah dan permainan bersaiz SUPER dan "bermain sakan dari pagi ke malam", ternyata memberikan mereka memori yang payah untuk dilupakan.

" Sir, besar nanti saya nak kerja kat sini...." kata salah seorang murid SKD2.

Tiba-tiba teringat kat Ju. Ju apa khabar agaknya. Dah Kawin ke belum......?

Gambar : Semasa check-in di Lobi First World Hotel, Genting Highland.

03 June 2009

AirAsia...

Kira-kira seminggu yang lepas, Ibuku serta 2 anakku dan 2 anak saudaraku bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki "Penerbangan Murah AirAsia". Namun sebelum itu, berlaku keadaan dimana penerbangan itu terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Apa yang berlaku, mereka terpaksa membayar denda sebanyak RM55 seorang bila hendak menukar tarikh penerbangan tersebut. Bertambah parah lagi, mereka juga mesti membayar beza harga tiket antara 2 tarikh berkenaan. Tiket kini tidak lagi murah, malah lebih mahal dari tiket penerbangan biasa oleh MAS. Tapi tak mengapa..... mereka dapat juga rasa menaiki kapalterbang buat pertama kali. Seorang kakitangan AirAsia di Kota Bharu berpesan, mesti check-in selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu penerbangan. Ok, itu juga pesanku kepada anak sulungku yang "mengetuai rombongan" berkenaan. Selesai.

Pagi tadi, mereka dijadualkan bertolak pulang ke Kota Bharu, juga dengan AirAsia. Mereka tiba di LCCT jam 10.10pg untuk penerbangan jam 11.00pg. Berpandukan arahan kakitangan AirAsia di Kota Bharu, anak saya membuat check-in tepat jam 10.20 pg namun ia dinafikan oleh kakitangan AirAsia di sana dengan mengatakan bahawa mereka terlewat 5 minit iaitu masa check-in berakhir jam 10.15 pg. Kapalterbang masih berada dilandasan, tetapi anak-anak saya tidak dapat menaiki pesawat tersebut atas alasan lewat check-in. Kenapa ini harus terjadi?

Beginikah cara AirAsia mengendalikan perkhidmatannya? Bila saya bertanya kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut yang tiba di Kota Bharu sejurus kemudian, beliau mengatakan bahawa pesawat tersebut penuh dengan penumpang. Apa sebenarnya yang berlaku. Ada penumpang "gelap" dalam pesawat yang menafikan hak anak-anak saya.........
Tony Fernandez patut ambil berat tentang perkara ini jika mahu reputasi AirAsia terus gemilang....

02 June 2009

Perasaan.....

Semalam, aku terasa amat terharu tentang suatu peristiwa yang amat menyentuh perasaan. Manusia ternyata banyak karenah dan tidak kurang juga peliknya.

Ceritanya begini. Malam tadi aku pulang kerumah bersama-sama anak-anak dan isteri setelah seharian keluar beriadah. Maklumlah cuti sekolah.

Tepat jam 10 malam, seorang kenalan datang bersama isteri dan seorang anak. Bukan orang lain, perhubungan kami rapat juga. Kami berbual panjang maklumlah, agak lama juga tak bersua.

Rupanya, kehadiran mereka semalam adalah untuk melunaskan sebahagian wang yang beliau pinjam dariku. Bukannya banyak. RM100 sahaja. Wang yang beliau pinjam juga tak banyak iaitu RM350 sahaja.

Apa yang menyebabkan aku terharu ialah tujuan beliau membayar hutang itu kerana memikirkan bahawa kemungkinan aku perlu menggunakan lebih wang untuk menghantar anak sulungku ke UITM 26 Jun ini. RM100. Apa yang aku dapat beli dengan wang sebanyak itu? Dia seorang yang berkehidupan kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam. Tak tergamak aku untuk menerima duit tersebut tapi dia memaksaku untuk menerimanya. Inilah contoh manusia budiman.

Sebenarnya, ramai lagi teman dan handai taulan yang berhutang denganku. Ada yang berhutang RM3500, RM2000, RM1000 dan lain-lain. Tapi mereka....... entahlah. Mahu atau tidak membayarnya aku pun tak tahu. Yang jelas, ada di kalangan mereka cuba untuk bermusuhan pula denganku. Manusia.... inilah yang di namakan manusia. Aku tak kisah sebenarnya samada mereka nak bayar ke atau tak nak bayar. Tapi sebagai manusia hamba Allah, menjadi kewajipanku untuk mengingatkan mereka tentang hutang berkenaan. Selebihnya, terpulanglah kepada diri mereka sendiri....

Wallah hu A'lam.
Jumpa lagi di lain waktu

Salam Perpaduan di Alam Siber

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua. Arena ini akan menjadi wadah perjuangan saya sebagai seorang guru dan sebagai seorang manusia. Ini post pertama saya. Kemudian nanti kita akan berbicara dengan lebih lanjut lagi.
Wassalam.