22 June 2011

Letih.........




Jun 2011, baru boleh melepaskan lelah. Terlalu banyak karenah kerja yang perlu dibereskan. Terlalu banyak ruang waktu yang harus diberikan kepada keluarga. Terlalu banyak persoalanan yang harus dan mesti diselesaikan sebelum menjengah ke bulan Julai nanti.



Beban tugas di sekolah tidak habis-habis. Menjadi guru rupanya tidak semudah dulu. Segalanya harus jelas dan teratur mengikut kaedah dan perencanaan. Maka itu, aku terus-terusan menjadi orang yang paling lelah di sekolah.



Bukan kerana aku terlalu rajin, tetapi kerana aku jenis manusia yang tidak mahu meninggalkan sebarang pekerjaan terbengkalai. Aku pasti akan meneruskan kerja meski sampai pukul malam hari.



Dan sudah barang tentu aku akan menjadi letih dan lelah.



Sekurang-kurangnya itulah yang akan aku lakukan sehingga aku menutup mata.

18 February 2011

Beban Tugas...

Tak tahu dimana nak mulakan. Letih sangat bila memikirkan bahawa aku kini ada banyak kerja nak dilakukan. Tak menang tangan, kata orang. Tak cukup masa...... 25 jam sehari, 8 hari seminggu dan 13 bulan setahun. Kerja jer sampai mati kut....

Aku seorang guru sekolah rendah, sekolah kebangsaan. Satu waktu bersamaan 30 minit dan aku mengajar 28 waktu. Subjek utama Mathematics Year 6, 5 and 4. PJK sebagai elektif.

Aku dilantik memegang jawatan Guru Panitia PJK yang bertanggungjawab keatas stor PJK dan peralatannya, juga Guru Penyelaras Bestari yang menjaga 2 buah makmal komputer berkapasiti 42 buah PC dan server.

Lebih menarik, aku juga dilantik sebagai Pegawai Aset sekolah, yang bertanggungjawab berkenaan semua harta modal di sekolah. Tugas itu merangkumi pelaporan berkenaan kerosakan dan baikpulih semua peralatan yang ada di sekolah termasuk proses pelupusan yang perlu dibuat jika ada alat yang patut lupus.

Aku juga pengurus Kedai Sekolah. Bertanggungjawab atas segala aspek membeli barangan, menjual, buat akaun, laporan tahunan dll.

Aku kini juga dilantik sebagai Ketua Guru penasihat Pengakap kerana kononnya hanya aku yang ada kursus manikayu 4. Aku juga Ketua Rumah Sukan bagi pasukan Biru...., Waja kerana kononya aku amat berwibawa dalam menguruskan sesebuah pasukan. Dan aku juga penasihat Bolatampar sekolah kerana kononya aku minat dan pandai main bolatampar.
Dan aku juga kini....... guru pembimbing bagi pelatih2 Institut Perguruan Kota Bharu, IPKB. Dan aku juga berjawatan tetap dan tiada pencen sebagai jurugambar dan "jong" dokumentasi sekolah bagi segala-gala majlis rasmi yang berlaku konon-kononya aku pandai ambil gambar.

Dan aku jugalah yang bertungkus lumus memberi publisiti kepada sekolah melalui laman blog rasmi sekolah, skdemit-2.blogspot.com.

Dan akulah....... aku. yang letihnya menjadi seorang guru yang biasanya menyiapkan kerja hanya bila larut malam.

Kan baik dan alangkah baiknya aku jadi seperti Cikgu Shaari dalam cerita Masam Masam Manis. Cikgu Shaari yang ...... saya suka main bola, hari-hari saya main bola. Dan, saya suka main bola, cikgu dah tido, mari kita main. Walau banyak tido dalam kelas, malam main saksafon tapi akhirnya jadi Cikgu Besar.

Aku......, sebagai cikgu Besar? Tak mungkin. Cikgu Besar gred DG34 dan DG38. Gred aku DG41. Dah terlebih gred. Dah Nasib.
Kepada yang belum jadi guru....., jadilah guru kerana kerja memang tak kan habis.

15 December 2010

Mesyuarat Akhir Tahun ?


Jam 8.30 am, khamis, 16 Disember 2010, Cuti akhir tahun, berlangsunglah satu mesyuarat yang diberi nama bengkel bagi Guru Penyelaras Bestari (GPB), iaitu guru yang bertanggungjawab ke atas semua peralatan ICT di sekolah termasuklah yang ada di makmal komputer, di pejabat, di bilik guru, di bilik PPSMI, di kelas-kelas PRA, PKPK dan di bilik2 khas lainnya.

Sekolah kini dilambakkan dengan puluhan komputer berbentuk PC (Komputer Peribadi) dan puluhan juga Laptop. Semuanya perlu dijaga, dibersihkan, dibaiki jika rosak dan di di di lagi. Itu lah serba sikit tugas guru GPB.

Namun apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah, GPB ada 2 jenis. Satu GPB lantikan KPM dan satu lagi GPB lantikan sekolah.

GPB lantikan KPM mendapat semua kemudahan seperti mengajar 8 waktu seminggu, bantuan seorang juruteknik komputer dan pihak sekolah 'dilarang' membebankan mereka kerana mereka banyak kerja dan memangpun semua GPB banyak kerja.

GPB lantikan sekolah pula terpaksa mengajar waktu biasa (saya = 27 waktu seminggu). Tiada juruteknik dilantik untuk membantu. Dan biasanya kami dibebankan dengan tugas2 lain seperti guru kelas, SU peperiksaan dan lain2 lagi.

Mesyuarat hari ini menekankan aspek kecemerlangan dalam menguruskan tugas sebagai GPB. Aku mengeluh panjang. Begitu juga teman2 yang senasib. Bagaimana harus kami mengharungi setahun lagi tugas yang berlambak sebegini..........

07 December 2010

1 Muharram

Hari ini 1 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 7 Disember, 2010. Entah kenapa bila tiba tanggal sebegini, hatiku jadi sayu. Terkenang teman-teman lama. Sebahagiannya telah mendahului aku mengadap Yang Maha Esa...... dan sebahagian lagi masih berlari dan menari di pentas dunia ini. Aku jadi pilu tika merindui saat-saat yang telah berlalu. Mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.........

Kesibukan rupanya melarikan waktu dan masa yang berlalu. Sungguh cepat tanpa kusedari. Seakan aku cuba melarikan diri dari segalanya.......

Kenapa..?

26 June 2010


Beberapa hari lagi, Jun akan berakhir dan semestinya Julai pula akan tiba. Bulan pada tahun masihi ini sebenarnya tidak memberikan apa-apa erti kecuali gaji pada 25 hb. setiap bulan.


Kembali kepada bulan dalam pengiraan tahun hijrah, maka banyaklah manfaatnya bagi kita ummat Islam. Pertama, kita sebenarnya telah memasuki era kebesaran tahunan. Rejab ialah bulan Allah. Lepas ni, Syaaban iaitu bulan Nabi kita Muhammad saw dan kemudiannya Ramadhan, ialah bulan untuk ummat Muhammad saw iaitu kita semua.


Riwayat menyatakan bahawa barang siapa melakukan kebajikan dalam bulan Rejab, akan dikurniakan 70 pahala kebajikan, dalam bulan Syaaban pula, akan dianugerahi dengan 700 pahala kebajikan dan semestinya dalam bulan Ramadhan, 1000 pahala kebajikan.


Nah....... apa yang kita mahukan kini didepan mata. Berusahalah dengan penuh ketaqwaan demi mendapat anugerah dari Tuhan mu.......

12 April 2010

Tuhan Pernah Berbisik....



Semasa aku melayari gerbang maya ini, tiba-tiba terpaku kepada sebuah blog dari blogger yang tidak ku kenali (Iezna). Tetapi, bicaranya amat menyentuh hati. Hampir semua postingnya amat menarik. Ku paparkan di sini salah satu darinya yang bertajuk..... TUHAN PERNAH BERBISIK.

Tuhan pernah berbisik,
Ketika aku kirimkan padamu seorang teman, Aku tidak memberikan sesorang yang sempurna karena engkau pun tak sempurna. Aku mempertemukanmu dengan teman-teman yang sama dengan mu, sehingga kalian dapat saling mengisi, berbagi dan bertumbuh bersama.

Jika kamu memancing ikan, ketika ikan itu terikat di mata kail, hendaklah angkat dan jagalah ia dengan baik. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia begitu saja.. Karena ia akan sakit oleh karena ketajaman mata kailmu . Begitulah juga dalam kehidupan. Janganlah kamu banyak memberi banyak pengharapan kepada seseorang, bila memang rasa itu tak pernah ada.

Ketika kamu menyukai seseorang dan ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu bisa menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang pasti baik, putih dan sehat untuk dirimu, mengapa kamu harus berlengah dan mencoba mencari makanan yang lain ? Begitu juga ketika kamu bertemu dengan seorang yang membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu dengan tulus dan sepenuh hati, mengapa kamu harus berlengah dan mencoba membandingkannya dengan yang lain?

Ingatlah, jangan pernah mengejar kesempurnaan, karena kelak, kamu akan kehilangan yang terbaik yang sudah kau raih dan kamu akan menyesal.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, tapi cukupkan sebatas apa yang kamu perlukan. Karena bila sekali ia retak, akan sukar bagimu untuk menjadikannya kembali seperti semula. Akhirnya kamu akan kecewa dan ia akan dibuang.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah ia manusia biasa. Sehingga apabila sekali ia melakukan kesilapan maka akan lebih mudah bagi kamu untuk menerima ketidak sempurnaannya dan memaafkannya. Berbagilah kasih, berusahalah saling menerima dan peliharalah sifat mudah memaafkan, dengan demikian persahabatan menjadi lebih indah.

Ya Tuhan, terima kasih bisikan indah- Mu. Aku mohon ya Tuhan, ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahwa di dunia ini tak akan pernah ada sesuatu yang abadi. Pada masanya, segala sesuatu itu pasti akan berakhir. Sehingga ketika seseorang meninggalkanku, aku akan tetap kuat dan tegar karena aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, yaitu cinta-Mu ya Tuhan…

Orang bijak berucap, Mencintai seseorang adalah keharusan Dicintai seseorang adalah kebahagiaan Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya.

08 April 2010

Ketentuan


Kesakitan tidak bermakna kita harus korbankan perjalanan hidup ini. Ustaz Soleh kata, Tuhan hanya mahu menguji kita. Ujian datang dalam banyak bentuk. Tuhan menguji kita dengan kemiskinan tetapi kerap juga Dia uji kita dengan kekayaan. Tuhan menguji kita dengan kesakitan tetapi kadang2 Dia juga uji kita dengan kesihatan yang berpanjangan. Asal kita tidak lupa pada Maha Pencipta, maka kita akan selamat.


Tadi..., aku menerima sms dari seorang sahabat lama.... Lama betul.

"Doakan kejayaan aku..." katanya.

"Insyaallah.." jawabku.


Itu saja yang aku mampu buat. Aku hanya mengadap laptop. Dari pagi hingga malam, kemudian kembali ke malam...... 24/7.


Ya Tuhanku..... kuatkan semangat dan tabahkan hati ini.

Berilah kejayaan kepada teman-teman yang memerlukan kejayaan.

Rahmatilah buat teman-teman yang mengharapkannya.

Moga kami tergolong dalam golongan yang bertaqwa.

Amin.