02 June 2009

Perasaan.....

Semalam, aku terasa amat terharu tentang suatu peristiwa yang amat menyentuh perasaan. Manusia ternyata banyak karenah dan tidak kurang juga peliknya.

Ceritanya begini. Malam tadi aku pulang kerumah bersama-sama anak-anak dan isteri setelah seharian keluar beriadah. Maklumlah cuti sekolah.

Tepat jam 10 malam, seorang kenalan datang bersama isteri dan seorang anak. Bukan orang lain, perhubungan kami rapat juga. Kami berbual panjang maklumlah, agak lama juga tak bersua.

Rupanya, kehadiran mereka semalam adalah untuk melunaskan sebahagian wang yang beliau pinjam dariku. Bukannya banyak. RM100 sahaja. Wang yang beliau pinjam juga tak banyak iaitu RM350 sahaja.

Apa yang menyebabkan aku terharu ialah tujuan beliau membayar hutang itu kerana memikirkan bahawa kemungkinan aku perlu menggunakan lebih wang untuk menghantar anak sulungku ke UITM 26 Jun ini. RM100. Apa yang aku dapat beli dengan wang sebanyak itu? Dia seorang yang berkehidupan kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam. Tak tergamak aku untuk menerima duit tersebut tapi dia memaksaku untuk menerimanya. Inilah contoh manusia budiman.

Sebenarnya, ramai lagi teman dan handai taulan yang berhutang denganku. Ada yang berhutang RM3500, RM2000, RM1000 dan lain-lain. Tapi mereka....... entahlah. Mahu atau tidak membayarnya aku pun tak tahu. Yang jelas, ada di kalangan mereka cuba untuk bermusuhan pula denganku. Manusia.... inilah yang di namakan manusia. Aku tak kisah sebenarnya samada mereka nak bayar ke atau tak nak bayar. Tapi sebagai manusia hamba Allah, menjadi kewajipanku untuk mengingatkan mereka tentang hutang berkenaan. Selebihnya, terpulanglah kepada diri mereka sendiri....

Wallah hu A'lam.
Jumpa lagi di lain waktu

No comments:

Post a Comment