03 June 2009

AirAsia...

Kira-kira seminggu yang lepas, Ibuku serta 2 anakku dan 2 anak saudaraku bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki "Penerbangan Murah AirAsia". Namun sebelum itu, berlaku keadaan dimana penerbangan itu terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Apa yang berlaku, mereka terpaksa membayar denda sebanyak RM55 seorang bila hendak menukar tarikh penerbangan tersebut. Bertambah parah lagi, mereka juga mesti membayar beza harga tiket antara 2 tarikh berkenaan. Tiket kini tidak lagi murah, malah lebih mahal dari tiket penerbangan biasa oleh MAS. Tapi tak mengapa..... mereka dapat juga rasa menaiki kapalterbang buat pertama kali. Seorang kakitangan AirAsia di Kota Bharu berpesan, mesti check-in selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu penerbangan. Ok, itu juga pesanku kepada anak sulungku yang "mengetuai rombongan" berkenaan. Selesai.

Pagi tadi, mereka dijadualkan bertolak pulang ke Kota Bharu, juga dengan AirAsia. Mereka tiba di LCCT jam 10.10pg untuk penerbangan jam 11.00pg. Berpandukan arahan kakitangan AirAsia di Kota Bharu, anak saya membuat check-in tepat jam 10.20 pg namun ia dinafikan oleh kakitangan AirAsia di sana dengan mengatakan bahawa mereka terlewat 5 minit iaitu masa check-in berakhir jam 10.15 pg. Kapalterbang masih berada dilandasan, tetapi anak-anak saya tidak dapat menaiki pesawat tersebut atas alasan lewat check-in. Kenapa ini harus terjadi?

Beginikah cara AirAsia mengendalikan perkhidmatannya? Bila saya bertanya kepada salah seorang penumpang penerbangan tersebut yang tiba di Kota Bharu sejurus kemudian, beliau mengatakan bahawa pesawat tersebut penuh dengan penumpang. Apa sebenarnya yang berlaku. Ada penumpang "gelap" dalam pesawat yang menafikan hak anak-anak saya.........
Tony Fernandez patut ambil berat tentang perkara ini jika mahu reputasi AirAsia terus gemilang....

No comments:

Post a Comment