15 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Lama sungguh tak berkomunikasi di sini. Rasanya, macam dah setahun. Hinggalah saya terima satu sms yang katanya, " Nape tak update yur blog? bz eh...?"

Sebenarnya, betul la bz. Tapi ada sesuatu yang lain yang turut mengganggu perjalan hidup ini.

Bermula cuti sekolah akhir tahun 2009, hari yang pertama cuti.... saya dimasukkan ke wad di Hospital Kota Bharu (HRPZ II) kerana sakit........... 4 hari kemudian, saya dibedah di siti juga dan sehari sebelum Raya Haji, baru saya dibenarkan pulang. Walaupun dibenarkan pulang, saya masih tidak sihat. Masih perlu berulang-alik ke Hospital untuk rawatan lanjut setiap hari......, kemudian 2 hari sekali... sehingga kini. Semalampun saya masih ke hospital.

Sakit apa? Biarlah..... hanya saya yang tahu. Dan juga Tuhan.

Namun, dengan datangnya tahun baru 2010, harapan saya agar segalanya akan kembali normal. Kembali seperti sepatutnya agar kita bukan sahaja dapat meneruskan kehidupan sebagaimana yang kita dambakan, malah lebih dari itu, kita dapat bersyukur kehadrat yang Maha Esa kerana hanya Dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Untuk teman-teman yang melawat semasa saya sakit dan yang mendoakan kesihatan saya, terima kasih saya ucapkan.

semoga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment