19 February 2010

Maulidur Rasul 1431H


Menjenguk ke bulan penuh keberkatan, MaulidurRasul 1431H, terkesan dengan bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Baginda dilahirkan di tahun yang terkenal sebagai Tahun Gajah, pada hari isnin, 12 Rabiul Awal.


Malam tadi bertempat di Masjid Padang Cenuk, Salor, berlangsunglah suatu majlis MaulidurRasul yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Kelantan. Ramainya insan, sehingga hampir tiada ruang kosong di dalam masjid. Alhamdulillah.


Walaupun kisah yang dipaparkan hampir semua telah kita tahu, dari kisah nabi hingga kepada perjuangan baginda menegakkan syiar Islam, namun pasti kita akan mendapat ilmu dari majlis yang sedemikian rupa walaupun sedikit cuma.


Dan apa yang sedikit itu rupanya amat mahal ganjarannya.


Saya ke tempat kerja selama ini yang jaraknya 25km dari rumah dengan memandu kereta. Sepanjang perjalanan itu, saya hanya melayan perasaan dengan mendengar celoteh DJ radio yang entah apa-apa.


Kadang2 tak sedar masa berlalu begitu cepat. 25km sama dengan 50 minit perjalanan yang melalui 8 traffik-light dan kesesakan lalulintas. Dan inilah yang al-Fadhil Ustaz Abdullah (Mudir Maahad .........) cakap malam tadi, tukarkan ngelamun itu dengan zikirullah. Entah berapa ribu kita dapat sepanjang perjalanan itu. Ha....kan berbaloi tu.


Bayangkan 50 minit berzikir kehadrat Allah swt. Rasanya tak pernah kita bersemayam di atas sejadah dan berzikir selama itu.


Allahu Akbar. Rupanya kita lalai selama ini.

No comments:

Post a Comment