08 April 2010

Ketentuan


Kesakitan tidak bermakna kita harus korbankan perjalanan hidup ini. Ustaz Soleh kata, Tuhan hanya mahu menguji kita. Ujian datang dalam banyak bentuk. Tuhan menguji kita dengan kemiskinan tetapi kerap juga Dia uji kita dengan kekayaan. Tuhan menguji kita dengan kesakitan tetapi kadang2 Dia juga uji kita dengan kesihatan yang berpanjangan. Asal kita tidak lupa pada Maha Pencipta, maka kita akan selamat.


Tadi..., aku menerima sms dari seorang sahabat lama.... Lama betul.

"Doakan kejayaan aku..." katanya.

"Insyaallah.." jawabku.


Itu saja yang aku mampu buat. Aku hanya mengadap laptop. Dari pagi hingga malam, kemudian kembali ke malam...... 24/7.


Ya Tuhanku..... kuatkan semangat dan tabahkan hati ini.

Berilah kejayaan kepada teman-teman yang memerlukan kejayaan.

Rahmatilah buat teman-teman yang mengharapkannya.

Moga kami tergolong dalam golongan yang bertaqwa.

Amin.

02 March 2010

Murid-muridku.....


Baru sebentar tadi, seperti biasa hari selasa malam rabu, aku akan mengajar kelas tambahan malam di SK Demit 2. Meskipun masih letih kerana baru pulang dari Kejohanan Bola Baling jam 6.30 ptg tadi, aku kembali ke sekolah yang jauhnya 25 km tepat jam 8.00 mlm.


Kerana kesuntukan masa setelah bertugas seharian di sekolah, aku terlupa tentang bahan untuk kelas malam. Jadi, aku hanya mengambil soalan-soalan yang telah aku guna untuk murid tahun 6 tahun lepas.


Apa yang nak ku kongsikan di sini ialah, soalan itu 100% dalam bahasa melayu. Tiada dwi-bahasa dan tiada sikitpun bahasa inggeris. Aku rasa, ok kut pasal kita sedang kembali ke bahasa melayu dari PPSMI. Namun sangkaanku ternya silap.


Aku terkejut bila beberapa murid bertanya tentang soalan yang ku kemukakan.

Syafiq (antara murid pintar kelas 6G) bertanya tentang makna 'hitungkan'. Aku tertawa kerana tak mungkin murid seperti Syafiq tidak tahu makna 'hitung'. Tetapi, memandang ke wajah tulusnya, aku termanggu. Benarlah, dia tak tahu. Kemudain timbul perkataan 'bundar', 'nilai tempat' dan lain-lain lagi.


Kemudian, Siti Amanina (murid pintar juga), minta tolong 'translate' soalan nombor 8 ke dalam bahasa Inggeris. Apa dah jadi sebenarnya, murid melayu tidak faham soalan matematik dalam bahasa Melayu?


Murid sebenarnya sudah terbiasa dengan istilah-istilah calculate, round-off, quotient, place value, triangle dan lain-lain. Tapi, kita kembali mengundur sebenarnya. Berundur.......


Apa akan jadi dan apa dah jadi? Bagaimana mereka akan menghadapinya 2,3 tahun akan datang bilamana kita kembali ke Bahasa Melayu. Bagaimana pula dengan pelajar sekolah menengah. Mereka lebih banyak didedahkan dengan pelbagai terms dan istilah dalam maths dan science.


Kadang-kadang kita terlalu mengikut perasaan.... Itulah kita sebenarnya...

19 February 2010

Maulidur Rasul 1431H


Menjenguk ke bulan penuh keberkatan, MaulidurRasul 1431H, terkesan dengan bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Baginda dilahirkan di tahun yang terkenal sebagai Tahun Gajah, pada hari isnin, 12 Rabiul Awal.


Malam tadi bertempat di Masjid Padang Cenuk, Salor, berlangsunglah suatu majlis MaulidurRasul yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Kelantan. Ramainya insan, sehingga hampir tiada ruang kosong di dalam masjid. Alhamdulillah.


Walaupun kisah yang dipaparkan hampir semua telah kita tahu, dari kisah nabi hingga kepada perjuangan baginda menegakkan syiar Islam, namun pasti kita akan mendapat ilmu dari majlis yang sedemikian rupa walaupun sedikit cuma.


Dan apa yang sedikit itu rupanya amat mahal ganjarannya.


Saya ke tempat kerja selama ini yang jaraknya 25km dari rumah dengan memandu kereta. Sepanjang perjalanan itu, saya hanya melayan perasaan dengan mendengar celoteh DJ radio yang entah apa-apa.


Kadang2 tak sedar masa berlalu begitu cepat. 25km sama dengan 50 minit perjalanan yang melalui 8 traffik-light dan kesesakan lalulintas. Dan inilah yang al-Fadhil Ustaz Abdullah (Mudir Maahad .........) cakap malam tadi, tukarkan ngelamun itu dengan zikirullah. Entah berapa ribu kita dapat sepanjang perjalanan itu. Ha....kan berbaloi tu.


Bayangkan 50 minit berzikir kehadrat Allah swt. Rasanya tak pernah kita bersemayam di atas sejadah dan berzikir selama itu.


Allahu Akbar. Rupanya kita lalai selama ini.

14 February 2010

Hari Keluarga





Sebenarnya ada yang tertinggal dalam lipatan sejarah meski baru beberapa bulan ianya berlalu. Disember yang lalu, kami mengadakan hari keluarga di Melawi, Bachok. Gambar-gambar ini akan menceritakan segalanya........

22 January 2010

Erti Sebuah Perjuangan


Perjuangan memang banyak pengertian. Aku sebagai guru, berjuang habis-habisan just untuk murid-muridku yang dahagakan ilmu. (Tapi ada gak yang saja main-main. Yang ni aku lempang la sikit-sikit).


Perjuangan di Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) ni lain sikit dengan Sekolah Menengah. Kenapa?. Dulu aku pernah mengajar di dua tempat sebelum sini, iaitu SMK Paloh, Gua Musang dan SMK Panji, KB. Sebab tu, aku boleh bandingkan antara SK dengan SMK. SK dengan UPSRnya amat menekan guru-guru. Tidak seperti PMR dan SPM. Dulu time ngajar PMR, takde pun kelas malam. Kelas hujung minggupun tak stress macam SK. SK dengan Kelas Stayback petang, Kelas Hujung Minggu Jumaat dan Sabtu dan Kelas Malam. Itu pun masih tak cukup. Bapak diaorang hantar lagi kelas Bahasa Inggeris dan Maths.


Aku betul tak faham. Kenapa teruk benar bebudak ni disuruh belajar. Cikgu pun stress gak. Guru Besar tekan cikgu pasal PPD dan JPN tekan GB. (Rasanya la.....).

Apa yang terfikir dalam benak fikiranku hanyalah satu, target nak masuk Sekolah Berasrama Penuh. Tu je...

Entah la. Menjadi guru ni tak seperti dulu.


Terlalu banyak kerja selain ngajar. Aku dah pesan kat anak-anak, toksah la jadi guru. Gaji tak seberapa, kerja banyak. Dalam cuti pun kena kerja.

15 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Lama sungguh tak berkomunikasi di sini. Rasanya, macam dah setahun. Hinggalah saya terima satu sms yang katanya, " Nape tak update yur blog? bz eh...?"

Sebenarnya, betul la bz. Tapi ada sesuatu yang lain yang turut mengganggu perjalan hidup ini.

Bermula cuti sekolah akhir tahun 2009, hari yang pertama cuti.... saya dimasukkan ke wad di Hospital Kota Bharu (HRPZ II) kerana sakit........... 4 hari kemudian, saya dibedah di siti juga dan sehari sebelum Raya Haji, baru saya dibenarkan pulang. Walaupun dibenarkan pulang, saya masih tidak sihat. Masih perlu berulang-alik ke Hospital untuk rawatan lanjut setiap hari......, kemudian 2 hari sekali... sehingga kini. Semalampun saya masih ke hospital.

Sakit apa? Biarlah..... hanya saya yang tahu. Dan juga Tuhan.

Namun, dengan datangnya tahun baru 2010, harapan saya agar segalanya akan kembali normal. Kembali seperti sepatutnya agar kita bukan sahaja dapat meneruskan kehidupan sebagaimana yang kita dambakan, malah lebih dari itu, kita dapat bersyukur kehadrat yang Maha Esa kerana hanya Dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Untuk teman-teman yang melawat semasa saya sakit dan yang mendoakan kesihatan saya, terima kasih saya ucapkan.

semoga jumpa lagi.

12 September 2009

Ramadhan dan Syawal

Lama sungguh saya tak menulis di blog ini. Kesibukan menyebabkan segalanya terpaksa dilupakan buat seketika.

Kunjungnya Ramadhan tidak sempat untuk di sambut. Dan kini selepas UPSR berakhir, barulah dapat saya kembali menulis di Blog ini.

7 hari lagi Ramadhan akan berakhir. Rasanya terlalu cepat ianya berlangsung. 10 hari terakhir dalam bulan penuh rahmat dan keampunan kini sudah dipertengahan. Bagaimana dengan ibadah puasa kita? Bagaimana pula dengan terawikh....., qiamu-lail..., sempat tak mencari lalilatul-qadar? Segalanya berkecamuk. Sibuk tentang dunia. sibuk mencari pitis untuk raya? Atau sibuk membuat kek dan biskut sebagai juadah wajib hari raya?

Luangkanlah masa-masa yang hujung ini untuk merebut pahala yang mungkin tidak sempat kita gapai untuk tahun depan. Siapa tahu...?

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat pula menyambut hari raya aidil fitri.. Maaf zahir dan batin.